Video lucah punca jalur lebar lembap??? WTF


JELEBU 30 Jun - Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya.

"Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum.
"Buat masa ini, kita masih menyelidik berhubung masalah ini, namun kita telah kenal pasti beberapa pihak yang terlibat dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit," kata beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perhimpunan Hari Guru Daerah Jempol dan Jelebu di sini hari ini.

Ramai pengguna Internet di negara ini tidak berpuas hati serta membuat banyak aduan terhadap tahap kelajuan kemudahan jalur lebar yang diperoleh mereka. Pada masa yang sama, ramai pengguna turut mendakwa kelajuan yang diterima tidak sepantas seperti mana yang dijanjikan oleh syarikat pembekal tempatan perkhidmatan berkenaan.

Rais mengakui pihaknya telah menerima banyak aduan tentang masalah tersebut serta menyifatkan golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu sebagai dalang di sebalik kelembapan kemudahan berkenaan.


"Saya akui memang kita terima banyak aduan dan kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan masyarakat umum dapat menikmati kemudahan tersebut pada kelajuan yang sepatutnya," ujar beliau.
Mengenai tindakan dan hukuman kepada kumpulan itu, Rais memberitahu, ia bergantung terhadap kesalahan dilakukan.



Kita pernah dengar seorang wakil rakyat mengatakan, kesusahan beliau melalui tol sewaktu dalam perjalanan ke Parlimen kerana sewaktu beliau menjawat jawatan menteri, beliau tidak pernah membayar tol. Kali ini kita dengar pula ucapan seorang menteri yg boleh dikatakan sengal dalam bahasa remaja-remaja masa kini.

Pernyataan beliau yang mengatakan pemuat turun video lucah menjadi punca kelembapan internet hanya boleh dipercayai oleh seorang kanak-kanak yang belum bercerai susu (Yang juga hidup pada zaman batu).

Mengapa pernyataan beliau itu dikatakan sebegitu rupa. Mari kita lihat dari perspektif seorang pengguna internet tegar. Seperti yang diketahui kelajuan internet di Malaysia adalah pada tahap yang sangat buruk dan tidak dilupakan juga mahal. Untuk perkhidmatan internet 1MB p/s kita dikenakan sehingga RM88. Walhal kelajuan yang diuar-uarkan itu adalah mustahil untuk dicapai walaupun selepas menteri yang tersebut di atas tidak memegang jawatan menteri. RM88 untuk sambungan internet 1 MBp/s di Malaysia, di Hong Kong HKDollar 88 adalah bayaran untuk 8MBp/s. Jika dibandingkan pula dengan Singapura jiran terdekat dengan kita boleh diumpamakn seperti longkang yang terletak di pasar pagi dengan tasik di kawasan peranginan.

Untuk membuktikan pernyataan beliau memang sampah ini sedikit screenshot dari seorang rakan yang berada di Korea. Sila lihat kelajuan internet di sebuah negara dengan kadar penggunaan internet yang tinggi. ( Kadar muat turun bahan lucah juga lebih tinggi)



Untuk pengetahuan anda ini adalah pakej yang paling murah di sana. Jadi sudah terbukti bahwa pernyataan beliau adalah sampah dan tidak layak untuk dikitar semula mahupun dijadikan rujukan ilmiah. Sekian.....

p/s: Ini adalah entri pertama aku yang menggunakan bahasa baku (Walaupun mungkin ada yang tersalah ejaan). Ini adalah cubaan untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang kian terpinggir.




0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2009 - Sahabat Gua - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template